Laman Utama

Selamat datang ke sibermerdeka! Di sinilah alam maya bertemu dengan alam nyata, dan di mana anda boleh berjumpa dengan para peminat alam maya.

Sibermerdeka adalah sebuah kelab komputer yang berpangkal di Pudu, Kuala Lumpur. Kami berjumpa setiap Selasa malam, di mana kami berbincang tentang topik-topik penting dalam era siber kini, antaranya:

  • Rangkaian komputer dan Jaringan Sejagat (WWW)
  • Komputer dan kuasanya dalam memengaruhi masyarakat kita
  • Keselamatan data umum dan peribadi, serta peranannya dalam kehidupan kita

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini termasuk:

  • 1 Gbps internet :D
  • Perkakasan komputer, monitor, dan printer untuk bereksperimen
  • Bengkel elektronik dan alat pateri untuk projek hobi anda
  • Pengawal DJ (DJ controller) (Pioneer DDJ 400)
  • Sistem suara (Pembesar suara di aras bawah dan atas + channel balancer + mikrofon)
  • untuk berehat dan bersantai
  • Dapur (induction cooker, airfryer , penapis air)
  • Bilik mandi dengan pemanas air
  • Ruang lepak dengan konsol permainan, mainan berpapan
  • Ruang atap dengan latar langit Kuala Lumpur

Nak datang? Ruang kami terletak di tingkat 4, 392C Jalan Pudu, berhampiran stesen LRT Pudu di laluan LRT Ampang dan Sri Petaling.

Untuk maklumat lanjut, sila hantar e-mel ke hello (et) sibermerdeka.net, atau hubungi kami di Instagram.