Laman Utama

Selamat datang ke sibermerdeka! Di sinilah alam maya bertemu dengan alam nyata, dan bertemu para peminat alam maya.

Kami adalah kelab komputer berpangkalan di Pudu, Kuala Lumpur. Kami berjumpa setiap hari Sabtu, dan berbincang tentang pelbagai tajuk yang penting dalam era siber ini, antaranya:

  • Rangkaian komputer dan Jaringan Sejagat (WWW)
  • Komputer dan kuasanya dalam memengaruhi masyarakat kita
  • Keselamatan data umum dan peribadi, serta peranannya dalam kehidupan kita

Selain dari itu, kami juga mempunyai beberapa kemudahan seperti:

  • Perkakasan komputer untuk bereksperimen dengan
  • Peralatan elektronik untuk projek hacking anda
  • Konsol permainan, mainan berpapan, dan ruang lepak untuk berehat dan bersantai
  • 1 Gbps internet :D

Berminat? Ruang kami terletak di tingkat 3 kedai beralamat 392B Jalan Pudu, berhampiran stesen LRT Pudu di laluan Ampang dan Sri Petaling.

Untuk maklumat lanjut, sila hantar e-mel ke hello (et) sibermerdeka.net, atau panggil kami di talian +60 3-9226 0098.